Pada tanggal 15 Mei 2005, "imagewave" berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan yang melibatkan dua pasangan adik beradik iaitu Anggerik dan Melur bersama pasangan masing-masing. (pasti ada yang terpegun dengan keindahan nama mereka kan - klasik). Majlis perkahwinan ini telah dijalankan serentak. Si kakak anggun berpakaian hijau manakala si adik pulak ayu berpakaian biru. Sama cantik sama menawan. Begitu juga pasangan masing-masing. Tampan dan gagah.
Masing-masing pasang 'photographer' sendiri. Saya pula yang kebetulan bawa kamera hari tu tumpang menyibuk. Harap-harap tak menganggu tugas Official Photographer (OP) yang ditugaskan untuk mengambil gambar pada hari tu.
"imagewave" mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Anggerik dan Melur. Semoga berbahagia bersama pasangan masing-masing.