Want your
own Fotopage?







 
.:::IMAGEWAVE PHOTOMEDIA**Feel Your Memories Forever:::.

By: IMAGEWAVE PHOTOMEDIA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
imagewave - memory creator

 
 
 
View all 20 photos...
"Bila memilih seorang jurugambar, anda bukan sahaja membeli khidmatnya tetapi anda juga membuat pelaburan dalam memori dan kenangan. Oleh itu, carilah jurugambar yang caranya dapat memenuhi kehendak peribadi anda di hari perkahwinan nanti."

Gaya Fotografi Perkahwinan (Wedding Photography Style)

Fotografi Perkahwinan Tradisional
Sejarah fotografi perkahwinan bermula dengan gaya tradisional ini. Gaya ini dirasakan akan bertahan lama dan anda pasti akan terus dapat melihat gaya ini di masa mendatang. Gaya ini menjadikan"posed photographs" sebagai elemen utamanya.

Kelebihan: Gaya ini biasanya menggunakan "posing" yang dirancang terlebih dahulu. Oleh itu anda akan memperolehi semua imej-imej yang penting pada hari perkahwinan anda.
Kekurangan:Jurugambar akan secara tidak langsung menjadi "wedding official", mengarah majlis dan tetamu menuruti apa yang telah dirancang. Pendekatan ini biasanya menyebabkan pengantin menghabiskan masa yang banyak untuk fotografi dan kurang berinteraksi dengan tetamu malah tidak dapat menghayati hari perkahwinannya.

Fotografi Perkahwinan Kewartawanan (Wedding Photojournalism Style)
Gaya ini juga dikenali sebagai laporan bergambar atau dokumentari dan telah berkembang menjadi suatu gaya yang amat popular. Ia menggabungkan siri gambar-gambar kandid disepanjang majlis berlangsung. Konsep utamanya ialah menceritakan apa yang berlaku bukan mereka apa yang berlaku.

Kelebihan: Gaya ini memberikan anda imej-imej unik yang menceritakan keseluruhan kisah di hari perkahwinan anda.
Kekurangan: Tiada pra-perancangan "shot list", hanya bergantung kepada naluri jurugambar dan imej yang dihasilkan pula tidak dapat dijangka. Pasangan pengantin pula mungkin menyesali akan ketiadaan "posed portrait" dalam album mereka.

Gaya mana yang sesuai? Andalah yang menentukan. Jadikan majlis perkahwinan anda memori indah yang kekal diingati.

imagewave
imagewave@gmail.com

saya rasa baik kita merujuk kepada pakar sebelum membuat sesuatu kenyataan atau andaian. baik check balik sebelum malu pada diri sendiri Thu 11-Aug-2005 16:43
Posted by:mat mat_1090@yahoo.com
saya rasa baik kita merujuk kepada pakar sebelum membuat sesuatu kenyataan atau andaian. baik check balik sebelum malu pada diri sendiri Thu 11-Aug-2005 16:43
Posted by:mat mat_1090@yahoo.com
boleh beri quotation utk wedding package? majlis akan diadakan di johor bahru?? bole dtg ker? Wed 9-Aug-2006 03:58
Posted by:mimi miminajua@gmail.com
View all 11 comments


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.