|
|
| Saturday, 23-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KERJA KAHWIN - PORTRAIT
|
|
Sementara menunggu assignment berikutnya, IMAGEWAVE mengambil kesempatan ini untuk mengasah dan mempertingkatkan lagi kemahiran masing-masing. So, tempat yang terbaik adalah di Komplek Kraf yang ketika ini sedang mengadakan PROMOSI KERJA KAHWIN. Sasaran utama - pertunjukan fesyen perkahwinan yang menampilkan hasil kerja pereka fesyen dalaman Komplek Kraf. Enjoy


|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
 |
|
Panas betul hari tu...
|
|
 |
|
The kompang group pun tak sabar dek kepanasan...
|
|
 |
|
Pengantin dah datang...
|
| | View all 55 photos... |
|
Ini adalah majlis perkahwinan yang terbesar yang pernah imagewave sertai. Majlis pihak lelaki dan perempuan disatukan dalam satu majlis yang memakan masa selama tiga hari dua malam. Majlis yang bagaikan satu pesta yang meriah yang disulami dengan pelbagai aktiviti bagi meraikan pasangan yang bagaikan pinang dibelah dua ini.
Imagewave berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakam dan memeriahkan hari bahagia ini. Walaupun tugasan ini memenatkan tetapi ianya suatu pengalaman yang menarik untuk imagewave. Imagewave juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan, saudara Fry http://iwan.fotopages.com ,kerana sudi menghulurkan tangan walaupun dalam kesibukan.
Buat pasangan pengantin, SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga bahagia dan dilindungi Allah dalam kesejahteraan.
imagewave
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hendra Hermanzah & Norlida
|
|
The Makeover
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Saifuddin & Safwati
|
 |
|
Papan tanda penunjuk arah...
|
|
 |
|
Bunga telur berbakul indah...
|
|
 |
|
Tuala putih menunggu arah...
|
| | View all 56 photos... |
|
Cuti sekolah seperti biasa memberi ruang kepada dara dan teruna mengikat janji untuk hidup bersama. Kalau anda memandu sudah pasti anda akan terpandang banyaknya papan-papan tanda majlis perkahwinan yang bagaikan cendawan tumbuh. Banyaknya majlis perkahwinan ini juga telah menimbulkan pelbagai kejadian lucu seperti tersalah rumah kenduri dan sebagainya. Malah ada yang sudah selesai makan baru menyedari yang mereka telah tersalah rumah.
Pada kali ini imagewave telah berkesempatan menghadiri suatu majlis bagi meraikan perkahwinan antara Saifuddin dan Safwani. Majlis ini juga tidak kurang disulami dengan kejadian seperti yang dikatakan tadi. Apa pun, kejadian seperti ini sebenarnya menambahkan lagi seri dan kemeriahan majlis perkahwinan. Imagewave berbesar hari kerana diundang ke majlis ini dan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai. Semoga dirahmati Allah dalam kebahagian. Bertuah sungguh Safwani kerana mendapat seorang suami yang periang dan sentiasa tersenyum. Begitu juga dengan Saifuddin, memiliki isteri yang cantik dan lemah lembut.
Enjoice...
imagewave
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Update
|
|
Cuti sekolah yang semakin hampir ke penghujungnya turut meredakan musim perkahwinan yang begitu aktif di sepanjang waktu tersebut. "Wedding Photographer" pulak boleh menarik nafas lega kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Minggu lepas imagewave telah berpeluang untuk menghadiri dua majlis perkahwinan. Insyaallah, imagewave akan cuba untuk mengemaskini imagewave's fotopages sesegera mungkin. Buat sementara waktu sila lawat http://mkfauzi.fotopages.com dan http://petrofsky.fotopages.com untuk melihat "coverage" yang dibuat oleh mereka sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan yang turut disertai oleh imagewave..
imagewave
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azril Eddyra & Noorazian
|
|
Membina Mahligai Impian
Majlis Perkahwinan Azril Eddyra & Noorazian
Perak (Tg. Piandang) 29 Mei 2005, Setelah selamat diijabkabulkan semalam dan bergelar suami isteri, pasangan Azril Eddyra dan Noorazian diraikan pula dalam majlis perkahwinan yang diadakan di sebelah pihak perempuan.
Majlis kenduri perkahwinan yang dijalankan masih lagi berpegang kepada prinsip gotong royong yang disertai oleh penduduk-penduduk kampung. Kerjasama yang ditunjukkan benar-benar mencerminkan cara hidup kekampungan yang saling bantu membantu. Ini bermula dari upacara menumbangkan seekor lembu hinggalah kepada membasuh pinggan mangkuk. Semuanya dilakukan oleh penduduk kampung sendiri dalam suasana yang cukup meriah.
Pengantin lelaki tiba tepat jam 12.30 tengahari disertai oleh sanak saudara terdekat. (Terdekat-terdekat pun siap satu bas tu sewa - perghhh). Ketibaaa pengantin lelaki disambut oleh pengantin perempuan sebelum diarak ke pelamin dan seterusnya dibawa untuk santapan raja sehari.
Sementara itu, dianggarkan terdapat lebih kurang 15 majlis perkahwinan turut sama diadakan di kawasan berhampiran. Ramai juga tetamu yang merungut kerana terpaksa menghadiri lebih dari 2 majlis perkahwinan. Ini adalah fenomena biasa apabila tiba musim cuti persekolahan. Ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis dalam tempoh waktu yang terhad ini. Ini menyebabkan terjadinya longgokan (macam buah pulak) majlis kenduri.
imagewave mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Azril Eddyra dan Noorazian. Terima kasih di atas layanan mesra pengantin dan keluarga sewaktu kami di sana.
Majlis perkahwinan bagi pihak lelaki akan berlangsung pada 5 Mei 2005 bersamaan 27 Rabiulakhir 1426H bertempat di Kapar, Selangor. Kepada rakan-rakan yang mengenali pasangan ini, dijemput hadir ke majlis itu nanti untuk sama-sama memeriahkan majlis.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azril Eddyra & Noorazian
|
|
Merintis Jalan Bahagia
Majlis Pernikahan Azril Eddyra & Noorazian
oleh: imagewave
Perak (Tg. Piandang): 28 Mei 2005 bersamaan 19 Rabiulakhir 1426H, Azril Eddyra dan Noorazian selamat diijabkabulkan dalam suatu majlis yang sederhana disaksikan oleh keluarga dan saudara mara yang turut sama merasai saat-saat gembira ini.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hasniza & Shazali di Hari Bahagia
|
 |
|
Bunga mangar dah pasang...
|
|
 |
|
makanan pun dah terhidang...
|
|
 |
|
gelas pun dah disusun cantik....
|
| | View all 54 photos... |
|
oleh: imagewave
SELANGOR (Taman Sri Sentosa) 22 Mei - Jalinan kasih antara Hasniza dan Shazali akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam suatu majlis yang sungguh meriah. Majlis perkahwinan yang diadakan di sebelah pengantin perempuan ini telah dihadiri oleh lebih dari 600 orang tetamu.
Jamuan makan telah diadakan bermula dari pukul 11.00 pagi sehinggalah ke pukul empat petang. Tetamu telah dihidangkan dengan hidangan yang membuka selera dan rata-rata tetamu berpuas hati dengan layanan dari pihak tuan rumah. Ibu dan bapa pengantin yang berpakaian hijau sibuk dan mesta melayan tetamu yang tidak putus-putus datang.
Konsep hijau telah menjadi pilihan pasangan pengantin ini. Tetamu akan dapat melihat kehijauan pada hampir keseluruhan majlis ini. Ini termasuklah pada pakaian pengantin itu sendiri, hiasan pada khemah, pelamin dan sebagainya. Gabungan warna ini begitu serasi dengan pasangan ini dan dirasakan amat sesuai untuk majlis seumpama ini.
Pengantin lelaki yang diiringi oleh saudara mara yang datang dari Taiping tiba tepat pukul 2.30 petang untuk acara persandingan. Seperti biasa arakan pengantin lelaki diiringi juga oleh paluan kompang di sepanjang acara berjalan. Pengantin lelaki disertai oleh pengantin perempuan di pertengan jalan. Bila digandingkan jelas sekali, pasangan ini sama cantik dan sama padan. Mereka seterusnya bergerak ke tempat yang disediakan dan disandingkan dihadapan para jemputan.
Majlis diteruskan dengan acara santapan pengantin dan seterusnya diikuti dengan sesi fotografi oleh jurugambar yang telah dilantik. Majlis ini berakhir pada pukul lima petang.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anggerik Malinda & Melur Malinda
|
|
Pada tanggal 15 Mei 2005, "imagewave" berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan yang melibatkan dua pasangan adik beradik iaitu Anggerik dan Melur bersama pasangan masing-masing. (pasti ada yang terpegun dengan keindahan nama mereka kan - klasik). Majlis perkahwinan ini telah dijalankan serentak. Si kakak anggun berpakaian hijau manakala si adik pulak ayu berpakaian biru. Sama cantik sama menawan. Begitu juga pasangan masing-masing. Tampan dan gagah.
Masing-masing pasang 'photographer' sendiri. Saya pula yang kebetulan bawa kamera hari tu tumpang menyibuk. Harap-harap tak menganggu tugas Official Photographer (OP) yang ditugaskan untuk mengambil gambar pada hari tu.
"imagewave" mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Anggerik dan Melur. Semoga berbahagia bersama pasangan masing-masing.
imagewave
imagewave@gmail.com
|
|
|
|